Tanda-tanda Wanita Digauli Jin, Termasuk Mimpi Ular dan Susah Tidur

Setiap malam wanita yang lalai ‘diperkosa’ oleh Jin. Demikian menurut Imam lulusan Universitas Al-Azhar Mesir Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani dikutip muslimahcorner.

Sekedar mengingatkan, Jin adalah ciptaan Tuhan yang keberadaannya dijelaskan dalam al-Qur’an.



Mengapa jin bisa menggauli wanita? Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tersebut, mengungkapkan, pada tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Kebanyakan manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin. Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,dan seksi.

Menurut Ustaz Dasuki, jin tidak akan datang mengganggu seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,” katanya.

Lazimnya, lanjut Dasuki, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai benteng diri (keimanan yang kuat) untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi al-Qur’an tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tuturnya.



Jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak.

Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Baca Juga :   Besok Arba Mustakmir, Hari Rabu Terakhir Bulan Safar, Begini Anjuran Ustadz Abdul Somad

Dia merinci, sedikitnya 18 sebab jin merasuk manusia, berikut ini:

  1. Apabila manusia meninggalkan salat dan tidak mentaati perintah Allah
  2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah
  3. Meninggikan suara dalam bilik air
  4. Menangis dan merintih sebelum tidur
  5. Membuang air panas ke dalam bilik air
  6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
  7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
  8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
  9. Selalu bertengkar suami isteri
  10. Terlampau marah
  11. Mengikut hawa nafsu
  12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
  13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
  14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
  15. Perempuan suka bersolek
  16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
  17. Jin jatuh cinta pada manusia
  18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai hal yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selain itu, manusia yang dirasuki jin merasakan sakit pada setengah anggota badannya dan sukar diketahui dokter.

Baca Juga :   Begini Cara Bayar Hutang Pada Orang yang Telah Meninggal Dunia Atau Tak Terlacak Keberadaannya

Tanda lain, yakni, pening berkepanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Sumber: tribunnews.com